Sunday, September 21, 2014

Resepi Melty Hersheys Mealshakes

Salam semua nya terutama untuk ibu-ibu ni!!
Yela cuba tgk tajuk entri kali ini, mmg sgt sesuai untuk para ibu nak mencari resepi mealshakes kan.
Jemu asik bancuh resepi yang sama? anak-anak mula bosan dengan rasa mealshakes yang sama? Sama jugak dengan Izyan cepat jemu dengan sesuatu benda. hihi. Jadi Izyan rasa resepi kali ini sangat membantu untuk para ibu memvariasikan resepi mealshakes !

Resepi ini Izyan dapat dari blog Mummy Zihan tau.
Try la, tengok gambar pun rasa terliur, apa lagi kalau dah buat. Memang ummpphh lah!

RESEPI BASE
Saya guna resepi 1..guna apa je yang ada kat rumah..kalau ade kek2 lebih tak habis makan pon boleh guna..tak baik membazir..:)

Resepi base (1)


150 gm Graham crackers (kalau takde gantikan dengan biskut marie) ~crushed

30 gm almond flakes/oats/dorset cereal
90 gm mentega/butter ~ cairkan

1. Campurkan biskut , kekacang dan oats

2. Tambahkan mentega tyang telah dicairkan dan gaul rata
3. Letakkan di dalam bekas sebgai base.

Resepi base (2)


Kek span coklat/vanilla

Air nescafe atau jsu lemon

1. Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar

2. Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembapkan kek.

RESEPI FILLING



Boleh juga gunakan filling yang dah siap dijual di kedai seperti blueberry, strawberry, kiwi, orange, butterscoth atau chocolate syrup.

Saya buat sendiri chocolate ganache..ini resepinya..


Resepi Ganache Coklat


150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

1. Didihkan krim dan sirap glukos.
2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
4. Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
5. Kacau hingga adunan licin dan berkilat
6. Biarkan sejuk dan sediakn digunakan.

RESEPI CHEESE




250g cream cheese ~ suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
1 sudu teh jus lemon
2sudu mealshakes

1. Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
masukkan yogurt  dan mealshakes dan putar lagi.
2. Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
3. Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
4. Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag


Cara-caranya :

1. Sediakan cawan atau bekas kaca kecil
2. Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas
3. Tuangkan adunan cheese ke dalam piping bag
4. Paipkan dalam bekas tadi
5. Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
6. Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
7. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Tadaaaa!!! Ini lah dia! Melty sungguh! Selamat mencuba ibu-ibu yang comel :)




0 comments:

Post a Comment