Wednesday, September 3, 2014

Pemakanan untuk anak-anak yang sedang membesar

Source : https://my.theasianparent.com/pemakanan-untuk-anak-anak-yang-sedang-membesar/

Anak yang sedang membesar perlu dibantu tumbesarannya dengan pemilihan makanan yang tepat. Walaupun nutrisi yang diperlukan sama seperti orang dewasa namun mereka memerlukan kuantiti yang berbeza dan tentu sekali lebih daripada sekadar segelas susu sehari. Mari kita lihat apakah nutrisi yang mereka perlukan sebagai panduan penyediakan menu bermula umur mereka genap setahun. Kami kongsikan juga beberapa cadangan snek bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka.
 
Kalsium
Perkembangan fizikal anak-anak bermaksud perkembangan tulang, gigi dan otot-otot, dan untuk perkembangan dan berfungsi dengan baik, tubuh badan mereka memerlukan kalsium. Susu merupakan sumber kalsium yang terbaik. Secawan susu lembu mengadungi 300 mg kalsium, tiga gelas susu sehari dapat memenuhi keperluan kalsium sebanyak 1,800 mg sehari. Boleh juga selangkan pengambilan susu dengan dadih sebagai alternatif.
Bayam juga merupakan sumber kalsium yang terbaik, secawan sayur bayam memberikan 250 mg kalsium. Ia juga memberikan nutrisi tambahan lain seperti Vitamin K, A dan Folat. Sumber lain termasuk brokoli yang kaya dengan beta karotena, potassium dan Vitamin B dan keledek yang mengandungi 23 kali ganda beta karotena berbanding brokoli.

Zat besi
Zat besi adalah pembawa oksigen dalam badan dalam membantu pembentukan hemoglobin. Ia penting untuk pembesaran dan perkembangan otak dan aktiviti otot. Anak perempuan yang mula melalui kitaran haid perlukan lebih banyak zat besi, 2.4 mg sehari berbanding 1.8 mg untuk anak lelaki dalam lingkungan umur yang sama. Sumber zat besi termasuk daging merah, hasil tenusu, makanan laut dan sayur-sayuran hijau. Secawan bayam mengandungi 6 mg zat besi. Pilihan lain termasuk telur, roti dan bijirin yang diperkaya serta buah-buahan kering.

Protin
Membantu membina, mengekalkan dan memperbaiki tisu badan. Keperluan kanak-kanak di Malaysia dicadangkan seperti berikut: umut 1-3 tahun sebanyak 14gm protin setiap hari manakala 4 – 6 tahun sebanyak 23gm protin sehari.
Daging ayam dan ikan tuna adalah sumber terbaik protin, masing-masing mengandungi 33 mg berbanding keperluan harian 40 mg untuk anak-anak yang sedang membesar. Sumber lain termasuk hasil kacang soya seperti tauhu dan air soya, kacang dal, daging merah dan kekacang.

Karbohidrat
Karbohidrat adalah nutrisi paling penting untuk tumbersaran anak-anak kerana ia dibakar untuk mendapatkan tenaga. Anak-anak sedang membesar sangat aktif dan memerlukan pengambilan karbohidrat yang banyak. Sumber terbaik adalah beras perang (81 mg setiap hidangan); kacang ginjal (25mg setiap hidangan) dan 1 cawan kismis (45 mg) yang boleh dimakan begitu saja atau dicampur dalam masakan.

Asid Lemak Penting
Asid lemak penting seperti Omega 3 dan 6 diperlukan untuk fungsi badan yang normal kerana badan tidak dapat menghasilkannya sendiri. Contoh sumber termasuk minyak Flaxseeds, kacang walnut, sayuran hijau, bunga kobis, kobis, ikan sardin dan biji labu.

Cadangan snek
Penting bagi ibu untuk memerhatikan pengambilan snek oleh anak-anak. Pastikan hanya yang bernutrisi, memberi tenaga dan tidak manis. Makanan ringan, soda dan gula-gula tidak mengandungi nilai nutrisi. Lebih baik lagi, sediakan sendiri snek untuk mereka. Pertimbangkan pilihan berikut:
• Kerepek kentang atau keledek bakar
• Stik sayuran beserta pencecah rendah lemak
• Dadih sejuk beku bersama hirisan buah-buahan segar
• Wafer dan biskut bijirin penuh
• Buah-buahan sejuk beku
• Potongan buah-buahan segar
• Jus buah-buahan perahan sendiri
Pertimbangkan juga resepi snek berkhasiat pilihan kami.

Panduan tambahan
Sebagai panduan tambahan, perhatikan juga perkara berikut:
• Air kosong – galakkan anak-anak untuk minum air kosong. Jangan gantikannya dengan jus buah-buahan. • Buah-buahan – jadikan buah-buahan sebagai pelengkap menu harian anak-anak kerana ia adalah sumber utama bagi Vitamin A, C, B Kompleks, mineral-mineral dan serat. • Pilihan ‘full fat’ – bagi memastikan anak-anak sentiasa kekal bertenaga, berikan pilihan ‘full fat’ kepada anak-anak berumur 2 tahun dan kebawah. Selepas umur 2 tahun, mereka boleh diberikan pilihan rendah lemak. • Elakkan atau hadkan gula – gula boleh membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Maka hadkan pengambilan guna dan ambil makanan lain sebagai sumber tenaga. Mengurangkan makanan dan minuman manis seperti gula-gula dan minuman berkarbont juga mampu mengelakkan masalah gigi. • Penggunaan garam – pengambilan garam harus diperhatikan tidak kira umur. Makanan bergaram termasuk kerepek kentang, biskut dan pizza. Anak-anak berumur 1 – 6 tahun tidak harus mengambil lebih daripada 2g garam sehari.

Rujukan:


1 comments:

  1. videos on YouTube about live entertainment - Vimeo
    Video about live entertainment. youtube to mp3 for android Find all YouTube videos about live entertainment. Vimeo Videos: 5545 Views View on Vimeo, the world's largest community for

    ReplyDelete