Wednesday, September 3, 2014

ALERGI TELUR

Source: http://www.ziefauzi.com/2010/11/alergi-telur.html
Cantik jer telur kat atas ni kan. Kalau rebus, lepas tu makan dengan nasi lemak pagi-pagi macam ni mesti sedap. Tapi ada orang alergik dengan telur tau. Siapa yang alergik dengan telur, tak kisah la telur rebus ke, telur goreng ke, roti telur ke, atau apa-apa makanan yang berasaskan telur, sila angkat tangan…Kalau ada boleh la geng dengan den ni haa… Huhuhu… Yup, sejak 2 3 minggu lepas, den mula alergik dengan telur. Macamana den boleh tahu??? Start makan bahulu segera yang dibeli kat Giant, lepas beberapa minit makan, tangan den timbul bengkak-bengkak macam kena gigit nyamuk, semut yang kemerah-merahan dan terasa gatal. Masa tu tak tahu lagi yang den ni alergik dengan telur. Lepas makan bahulu, den makan pulak kek marble, pun jadi bengkak merah dan gatal. Still tak dapat tangkap lagi sebab apa jadi macam tu. Ingatkan bengkak tu sesaje nak timbul.
 
Tapi semalam, confirm den alergik dengan telur sebab lepas makan telur goreng, beberapa minit lepas tu timbul bengkak merah macam sebelum ni. Tapi semalam lagi menjadi gatalnya. Tak tahan, garu sampai ada bekas luka sikit..
 
Tak tahu kenapa baru sekarang den alergik dengan telur, sebelum ni takder masalah langsung. Makan la apa jenis makanan yang berasaskan telur sekali pun, bengkak merah tu tak pernah muncul pun. Tapi kali ni, den kena hati-hati bila makan.
 
Sempat juga den google tentang masalah alergik telur ni, telur adalah salah satu penyebab paling umum alergi makanan, terutama pada anak-anak. Alergi telur biasanya terjadi beberapa minit sampai beberapa jam setelah makan telur atau makanan yang mengandung telur.
 
Simpton atau kesan orang yang menderita alergi telur memiliki gejala berbeza-beza Gejala tersebut muncul selang beberapa minit sampai beberapa jam setelah makan telur atau makanan yang mengandung telur. Gejala alergi telur antara lain:
* Peradangan kulit atau gatal-gatal
* Alergi asma
* Peradangan hidung alergi (rhinitis)
* Gejala gastrointestinal, seperti kram, mual dan muntah
 
Satu-satunya cara untuk mencegah alergi telur adalah menghindari telur atau produk telur sama sekali. Tapi mustahil la kan, sebab telur ni salah satu makanan umum yang kebanyakan makanan memasukkan telur sebagai bahan tambahan. Lebih-lebih lagi, melalui telur juga kita boleh dapatkan sumber protein.Dan biasanya, alergi dengan telur kita boleh kesan sejak dari kanak-kanak lagi. Cuma den ni dah besar panjang, dah ada anak sorang baru dapat tahu ada alergi dengan telur. Ada yang tak kena ker?? Risau jugak ni..
 
:::::::Begitu hebatnya protein ciptaan Allah itu. Begitu mudahnya Allah membalikkan segalanya, protein yang biasa kita makan sehari-hari, yang kita anggap biasa ternyata boleh menjadi luar biasa akibatnya jika Allah kehendaki.., subhanallah..::::::

0 comments:

Post a Comment