Thursday, October 9, 2014

Kulit jerawat dan berparut??

Terbaca dari blog nany Ceri memang seronok.
Sebab Izyan paling suka sangat benda yang berkaitan dengan kecantikan, lagi menggunakan natural ingredient tau. Tak payah nak beli kosmetik mahal-mahal tapi hasilnya biasa aje. Izyan penah pakai dari yang murah hingga yang mahal. Memang tiap2 bulan kena spend duit extra untuk pencuci muka Izyan. Kalau ada solution yang lagi sesuai kenapa tidak kita mencubanya dulu kan. Supplement memang tidak memberi kesan yang tak elok pada tubuh badan kita.

Jangan risau Shaklee sentiasa selamat insyallah.
Jom  kita baca tentang masalah kulit yang berjerawat dan parut yang susah nak hilang..
Copy paste dari blog nany Ceri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. 

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. 

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat. 

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Nak dapatkan vitamin dengan potongan harga 20%-30%?
Berminat nak menambah pendapatan ?

Come and join us today!

Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Haji

Salam pembaca Nutriemom..

Izyan nak ucapkan selamat hari raya haji kepada semua..
Kepada yang buat korban tu jgn lupa anta kt Izyan sikit ya..hihi. gurau je
Teringat dl buat kikah untuk Firas.

 Semua masak apa je untuk raya haji ni?
Kali ni Izyan beraya di rumah mertua. Masak simple mimple je..senang huhu

Petang raya akan ke rumah Izyan pulak tak sabar nk berjmpa adik-adik Izyan tau.
Lagi lagi yang baru je smpai ke Malaysia..Beliau dari Mesir lama sgt tk jmpe..Adik num 3..haha..

okla dah malam next entri Izyan potpet lg ok..
takpe sempena promo ESP bulan ni , Izyan akan potpet banyak pasal ESP tau.

bubye!!

ha sebelum terlupa kepada sesiapa yang berminat nk join shaklee mehla Izyan alu-alukan sangat-sangat tau..
ok daaa~~



Thursday, October 2, 2014

Masker ESP

Salam,

Malam ni Firas tidur lama sikit sempatla nk study sikit and update blog..Terima kasih anak mumy hihi.. Kalau nak tahu Izyan seorang pelajar merangkap seorang suri rumah, seorang ibu dan juga seorang usahawan kecil kecilan. Baru nak menapak, merangkak pun belum apatah lagi berlari. Doakan kejayaan Izyan ya. Ha banyak kan tanggung jawab tu, cita cita Izyan nak menjadi seorang pensyarah kalau ada rezeki alhamdulillah.

Okla malam ni Izyan nak kongsi sikit tips nk bg kulit sentiasa gebusss halus mulus bak sutera.
Kulit Izyan belum lg smpai macam tu, insyallah lain orang lain kesannya kan.

Sekarang kan promosi ESP, jangan tak tahu selain minum ESP juga boleh dibuat masker tau. Auww!! berbaloi kalau beli time promosi tau sebab sangat jimat dan boleh digunakan untuk masker. Tak payah bazir duit beli masker kat luar.

Paling basic
CARA BUAT MASKER ESP :
  1. Ambil 1 sudu kecil ESP, bancuhkan dengan sedikit air sejuk.
  2. Apply di muka sehingga penuh dan rata.
  3. Biarkan semalaman / bagi yang tak selesa tidur dengan masker boleh cuci selepas 2-3 jam.
* Boleh juga add on Vitamin E atau yogurt untuk kesan lebih superb
Bangun pagi cuci muka memang rasa best je. Amalkan 3 kali seminggu untuk kesan yang best. Nak lebih best but tiap2 malam. Muka rasa lebih lembab, jeragat pun dapat dihapuskan. Macam biasalah, apa pun cara kalau kita konsisten insyaAllah hasilnya tak mengecewakan. Lagi-lagi dengan produk terbaik yang dihasilkan menggunakan 100% soya non-GMO ni, dengan ujian klinikal yang membuktikan keberkesanannya. Pasti rugi kalau tak cuba.

Tambahan Yougurt
 

Masker dengan ESP Shaklee
 

Kenapa yogurt dipilih untuk digandingkan dengan Energizing Soy Protein Shaklee sebagai bahan membuat masker? Jom baca...

1- Asik laktik yang terdapat dalam yogurt berfungsi sebagai exfoliator (agen pengelupasan) dan menjadikan kulit wajah menjadi lembut. Yogurt sesuai juga untuk yang mempunyai kulit sensitif kerana pengelupasan yang berlaku adalah secara lembut. 

2 - Yogurt merupakan anti-fungul dan anti-bakteria yang boleh membantu mengurangkan jerawat dan memulihkan tona kulit tidak sekata, oleh itu ianya dapat membantu mencegah sebarang cela pada muka

3 - Zink yang terkandung di dalam yogurt berfungsi memberikan rasa nyaman kepada kulit yang terbakar serta memberikan kelembapan kepada kulit, oleh itu yogurt dapat membantu memulihkan kesan 'sun burn'

Kebaikan masker plak..
  • membantu mendapatkan kulit yang 'glowing', lembut, tona kulit yang sekata dan halus mulus
  • mengecilkan liang pori-pori serta melembabkan kulit wajah
  • mengurangkan bintik-bintik hitam dan putih tanpa perlu dipicit
  • mengembalikan keremajaan wajah dengan mengurangkan kedutan pada wajah
  • mengurangkan & merawat masalah kulit berminyak yang menjadi punca jerawat & pigmentasi
Namun begitu, sekiranya anda terlalu kerap menggunakan masker, ada juga keburukannya, antaranya..
  • Kulit akan menjadi kering sekiranya terlalu kerap menggunakan masker. Cukup lah sekadar 1-2 kali seminggu sahaja anda bermasker
  • sekiranya masker itu tidak sesuai/anda pakai terlalu lama, bleh menyebabkan radiasi pada kulit tambahan pula jika masker tersebut mengandungi bahan kimia yang tinggi. Akan tetapi, sekiranya anda membuat masker dari Energizing Soy Protein Shaklee, inshaAllah masalah ini tidak akan berlaku kerana Energizing Soy Protein Shaklee ada diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat. 

Wednesday, October 1, 2014

Oktober: Promosi ESP!!!

Salam..

Teruja nya hari ini!!
Sebab ap..sebab promosi ESP kembali lg hihi..
So jangan lepaskan peluang kali ini tau.
Dapatkan ESP dengan harga promosi

BUY 6 FREE 1!!

Macam-macam boleh dibuat dengan ESP ni..hihi
Nanti Izyan update lagi!!




Thursday, September 25, 2014

Mealshakes makanan segera yang sihat untuk anak-anak kecil


Salam semua,
Apa khabar semua pembaca bllog Izyan ni. Hari ni Izyan ada jemputan kahwin. Kawan dari sekolah
akhirnya kawin jugak dia..hihi..Wife dia kawan 1 sekolah jugak masa Izyan form 1. Alahai kecil betul dunia ni kan.

Ha weekend, weekend jugak blog tetap kena tulis kan huhu.
Kalau nak tau mealshakes ni feveret mumy kt luar sana tau. Bagi anak yang ada masalah memang mereka ni grab terus mealshake ni untuk dgantikan dengan makanan segera yang tak berapa nk elok tu. Lagi bagus kan. Bukan apa makan segera kt luar tu sebenarnya takda khasiat pun, plus untuk jangka masa yang panjang sangatla tidak bagus untuk si kecil ni. Kalau nak tau Izyan dengan husband sendir pun jarang beli jajan ni tau. Kalau teringin barula beli tu pun kalau travel la sebab nak mengunyah dalam kete nk lawan ngantok ni. hihi!

Macam nany ceri cakap die gelarkan mealshakes ni sebagai fast food yang sihat untuk si kecil terutamanya. Ha jgn pulak fikir mealshake untuk kanak-kanak je, untuk orang dewasa pun boleh..Mealshakes ni berperisa vanila tau dan ia mudah diserap dengan kadar yang segera. Sebab tula ia digelar fast food yang sihat. Hihi 


french vanila flavor..bau eskrem..
Memang rugilah kalau tak beli time promosi sekarang ni. Buy 3 free 1.  1 tin ni kalau untuk seorang anak yang consume boleh tahan dalam 2-3 bulan. Nampak tak jimat tau, selain itu expired data dia pun tak lama untuk menjaga kesegarannya. Mealshakes ni bukan sahaja kaya dengan protin dan kalsium je, malah kaya dengan vitamin penting seperti Vitamin A, B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin dan mineral-mineral penting seperti kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromiun, molybdenum, zinc, etc.

Jadi bagi anak-anak yang sangat cerewat dalam hal pemakanan ni, sangat sesuai ambil mealshake supaya ap yang kurang dapat diatasi dengan pengambilan mealshakes ni.

Kalau nak tau purata sbulan dlm rm20-rm30 sahaja..so no more excuses okay..... hihi

Wednesday, September 24, 2014

Testimoni Collagen Powder

Salam,

Hari ini Izyan nak kongsi sedikit tentang testimoni Collagen Powder ni tau. Ramai yang dah berjaya.
So Izyan nak tiup sikit tentang kebaikan Collagen ni pada yang belum cuba produk ni lagi. hihi.

credit to Fai:

* Collagen Powder Shaklee terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

Haa... tu baru sedikit sahaja... ada banyakkkk lagii..
Teruja tak??!! Jom try sama-sama

Sunday, September 21, 2014

Resepi Melty Hersheys Mealshakes

Salam semua nya terutama untuk ibu-ibu ni!!
Yela cuba tgk tajuk entri kali ini, mmg sgt sesuai untuk para ibu nak mencari resepi mealshakes kan.
Jemu asik bancuh resepi yang sama? anak-anak mula bosan dengan rasa mealshakes yang sama? Sama jugak dengan Izyan cepat jemu dengan sesuatu benda. hihi. Jadi Izyan rasa resepi kali ini sangat membantu untuk para ibu memvariasikan resepi mealshakes !

Resepi ini Izyan dapat dari blog Mummy Zihan tau.
Try la, tengok gambar pun rasa terliur, apa lagi kalau dah buat. Memang ummpphh lah!

RESEPI BASE
Saya guna resepi 1..guna apa je yang ada kat rumah..kalau ade kek2 lebih tak habis makan pon boleh guna..tak baik membazir..:)

Resepi base (1)


150 gm Graham crackers (kalau takde gantikan dengan biskut marie) ~crushed

30 gm almond flakes/oats/dorset cereal
90 gm mentega/butter ~ cairkan

1. Campurkan biskut , kekacang dan oats

2. Tambahkan mentega tyang telah dicairkan dan gaul rata
3. Letakkan di dalam bekas sebgai base.

Resepi base (2)


Kek span coklat/vanilla

Air nescafe atau jsu lemon

1. Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar

2. Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembapkan kek.

RESEPI FILLING



Boleh juga gunakan filling yang dah siap dijual di kedai seperti blueberry, strawberry, kiwi, orange, butterscoth atau chocolate syrup.

Saya buat sendiri chocolate ganache..ini resepinya..


Resepi Ganache Coklat


150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

1. Didihkan krim dan sirap glukos.
2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
4. Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
5. Kacau hingga adunan licin dan berkilat
6. Biarkan sejuk dan sediakn digunakan.

RESEPI CHEESE




250g cream cheese ~ suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
1 sudu teh jus lemon
2sudu mealshakes

1. Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
masukkan yogurt  dan mealshakes dan putar lagi.
2. Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
3. Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
4. Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag


Cara-caranya :

1. Sediakan cawan atau bekas kaca kecil
2. Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas
3. Tuangkan adunan cheese ke dalam piping bag
4. Paipkan dalam bekas tadi
5. Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
6. Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
7. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Tadaaaa!!! Ini lah dia! Melty sungguh! Selamat mencuba ibu-ibu yang comel :)