Thursday, October 2, 2014

Masker ESP

Salam,

Malam ni Firas tidur lama sikit sempatla nk study sikit and update blog..Terima kasih anak mumy hihi.. Kalau nak tahu Izyan seorang pelajar merangkap seorang suri rumah, seorang ibu dan juga seorang usahawan kecil kecilan. Baru nak menapak, merangkak pun belum apatah lagi berlari. Doakan kejayaan Izyan ya. Ha banyak kan tanggung jawab tu, cita cita Izyan nak menjadi seorang pensyarah kalau ada rezeki alhamdulillah.

Okla malam ni Izyan nak kongsi sikit tips nk bg kulit sentiasa gebusss halus mulus bak sutera.
Kulit Izyan belum lg smpai macam tu, insyallah lain orang lain kesannya kan.

Sekarang kan promosi ESP, jangan tak tahu selain minum ESP juga boleh dibuat masker tau. Auww!! berbaloi kalau beli time promosi tau sebab sangat jimat dan boleh digunakan untuk masker. Tak payah bazir duit beli masker kat luar.

Paling basic
CARA BUAT MASKER ESP :
  1. Ambil 1 sudu kecil ESP, bancuhkan dengan sedikit air sejuk.
  2. Apply di muka sehingga penuh dan rata.
  3. Biarkan semalaman / bagi yang tak selesa tidur dengan masker boleh cuci selepas 2-3 jam.
* Boleh juga add on Vitamin E atau yogurt untuk kesan lebih superb
Bangun pagi cuci muka memang rasa best je. Amalkan 3 kali seminggu untuk kesan yang best. Nak lebih best but tiap2 malam. Muka rasa lebih lembab, jeragat pun dapat dihapuskan. Macam biasalah, apa pun cara kalau kita konsisten insyaAllah hasilnya tak mengecewakan. Lagi-lagi dengan produk terbaik yang dihasilkan menggunakan 100% soya non-GMO ni, dengan ujian klinikal yang membuktikan keberkesanannya. Pasti rugi kalau tak cuba.

Tambahan Yougurt
 

Masker dengan ESP Shaklee
 

Kenapa yogurt dipilih untuk digandingkan dengan Energizing Soy Protein Shaklee sebagai bahan membuat masker? Jom baca...

1- Asik laktik yang terdapat dalam yogurt berfungsi sebagai exfoliator (agen pengelupasan) dan menjadikan kulit wajah menjadi lembut. Yogurt sesuai juga untuk yang mempunyai kulit sensitif kerana pengelupasan yang berlaku adalah secara lembut. 

2 - Yogurt merupakan anti-fungul dan anti-bakteria yang boleh membantu mengurangkan jerawat dan memulihkan tona kulit tidak sekata, oleh itu ianya dapat membantu mencegah sebarang cela pada muka

3 - Zink yang terkandung di dalam yogurt berfungsi memberikan rasa nyaman kepada kulit yang terbakar serta memberikan kelembapan kepada kulit, oleh itu yogurt dapat membantu memulihkan kesan 'sun burn'

Kebaikan masker plak..
  • membantu mendapatkan kulit yang 'glowing', lembut, tona kulit yang sekata dan halus mulus
  • mengecilkan liang pori-pori serta melembabkan kulit wajah
  • mengurangkan bintik-bintik hitam dan putih tanpa perlu dipicit
  • mengembalikan keremajaan wajah dengan mengurangkan kedutan pada wajah
  • mengurangkan & merawat masalah kulit berminyak yang menjadi punca jerawat & pigmentasi
Namun begitu, sekiranya anda terlalu kerap menggunakan masker, ada juga keburukannya, antaranya..
  • Kulit akan menjadi kering sekiranya terlalu kerap menggunakan masker. Cukup lah sekadar 1-2 kali seminggu sahaja anda bermasker
  • sekiranya masker itu tidak sesuai/anda pakai terlalu lama, bleh menyebabkan radiasi pada kulit tambahan pula jika masker tersebut mengandungi bahan kimia yang tinggi. Akan tetapi, sekiranya anda membuat masker dari Energizing Soy Protein Shaklee, inshaAllah masalah ini tidak akan berlaku kerana Energizing Soy Protein Shaklee ada diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat. 

0 comments:

Post a Comment