Wednesday, May 21, 2014

Koleksi Makanan Bayi

Salam petang semua..

Hari ini misi mencari resepi baru untuk anak Izyan, Firas. Firas sekarang ni nak masuk 9 bulan. Agaknya Firas dah boring kot dengan resepi yang sama. Izyan selalu perasan yang Firas ni memang suka makan manis-manis. Tak elok pulak kalau Izyan selalu bagi Firas ni coklat. Gigi baru nak tumbuh dah rosak pulak.
So misi Izyan hari ini mencari menu yang ada campuran manis-manis la. New resepi untuk Firas bulan ni. Hihi..

Resepi 1
Sumber: http://www.ummiaira.com/2012/08/campuran-daging-sayur-sayuran-9-11.html
9-11 bulan
Campuran Daging & Sayuran - Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang & Ayam



(Hidangan untuk 2 orang)

60g (1/4 cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit
90g (1 biji) ubi kentang,dikupas dan dipotong dadu
20g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
30g (2 sudu makan) jagung manis
125ml (1/2 cawan) stok ayam
30ml (2 sudu makan) susu ibu
10g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

Cara memasak

1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sehingga ubi kentang menjadi lembut.
3.Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
6. Masukkan susu ibu dan hidang.

Cadangan

1. Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
2. Hidang bersama nasi lembik.

Resepi 2
Sumber:http://www.ummiaira.com/2012/07/resepi-permulaan-6-8-bulan-bubur-nasi_30.html
6-8 bulan
Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang

(Hidangan untuk 2 orang)

25g (2 sudu makan) beras
25g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
15g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
500ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak

1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam.
2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu), dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
3. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
4. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

Resepi 3
Sumber: http://upfiruz.wordpress.com/2014/02/26/resepi-makanan-bayi-2-nasi-ayam-berjagung/
9 bulan ke atas
Nasi Ayam Berjagung
Kaedah penyimpanan: Sesuai untuk pembekuan
Kuantiti hidangan: Sesuai untuk  4-5 kali hidangan *Apa-apa pun ia bergantung pada                                                                  selera makan anak anda. Ini hanya anggaran sahaja.
Bahan-bahan:
  1. Sedikit ayam
  2. 1 bay leaf yang digunting kecil-kecil
  3. Sedikit hirisan daun parsley
  4. Sedikit mentega
  5. 1 sudu besar tepung
  6. 1/3 cawan jagung (jagung tin/jagung beku)
  7. Nasi
  • Rebus ayam bersama bay leaf dan hirisan daun parsley sehingga ayam lembut dan masak.
  • Asingkan ayam dari tulangnya. Koyak/potong ayam kecil-kecil dan letak ke tepi. Jangan buang air rebusan tadi.
  • Cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau lebih kurang selama 1 minit. Memang akan berketul, jadi jangan risau ye.
  • Masukkan air rebusan sebentar tadi dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan jagung dan biar ia masak beberapa minit.
  • Masukkan ayam tadi dan nasi.
  • Tunggu sejuk sebentar dan boleh dihidangkan pada bayi yang pandai mengunyah. Bagi bayi yang masih belum mahir mengunyah kerana kekurangan gigi, sila kisar makanan tersebut menjadi puri.

Resepi 4
Sumber: http://shakinafarhan.blogspot.com/2013/05/21-resepi-untuk-baby-8-bulan.html
8 bulan
Caramelized apple & banana with cinnamon
Bahan: Apple + Unsalted butter + Banana
Resepi: 1 biji apple dipotong2 direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang. Terus tutupkan api. Sambil tu lenyek-lenyek kan pisang  dalam kuali tu. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ade serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert dorang sebabnya cinnamon ni banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan & menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis ni.Sesuai buat dessert.







Resepi 5
Sumber: http://shakinafarhan.blogspot.com/2013/05/21-resepi-untuk-baby-8-bulan.html
9 bulan ke atas
Pasta shrek 


 Bahan : Pasta + Puree brokoli + Cheddar cheese + Oregano

Resepi: Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta. Pastu blend. Taburkan oregano. Cheddar cheese ni pakai brand anchor. Boleh je beli apa2 brand yang penting white cheese. Cheddar adalah sejenis white cheese. Oregano tu plak herbs orang itali selalu pakai utk pasta. Pasta tu tak kisah jenis apa, spagetti ke, angel hair ke, spiral ke.






 Resepi 6
Sumber: http://shakinafarhan.blogspot.com/2013/05/21-resepi-untuk-baby-8-bulan.html
8 bulan ke atas
Banana split

Bahan: Pisang + yogurt + cinnamon
Resepi: Masukkan yogurt ke freezer selama 15 min. Potong pisang. Letakkan yogurt ke atas pisang. Taburkan sedikit cinnamon. Boleh juga kalau nak potong pisang dulu, letak yogurt & cinnamon kemudian bekukan. Cuma nanti pisang tu sekali beku sket. Hehe. Kategori finger food jugak ni.












Dah siap misi Izyan hari ini..akan di cuba ! nanti Izyan review ek.
Lepas ni nak mencari lagi resepi baru untuk si Firas si cinonet tu. Macam-macam la dak tuh..huhu
Semua untuk dia sanggup buat apa jer

Kalau nak order vitamin shaklee jangan segan-segan ya.
Nak respons cepat boleh whatsapp/ call / msg
013-7493793

                          --------------------------------------------------------------------------------
                                                   COD Johor Bahru, Pasir Gudang, Taman Perling
                                                                      dan sewaktu dengannya
                          --------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. Replies
    1. Itula banyak sekarang resipi yang sedap-sedap untuk si kecik kan..Leh try!! =)

      Delete